Google dilaporkan telah membuang ratusan pekerja daripada bahagian peranti dan platform yang terlibat dalam pembangunan perisian Android, peranti Pixel dan juga pelayar Chrome.
Berdasarkan dari laporan, langkah tersebut diambil selepas terdapatnya program pemberhentian sukarela yang ditawarkan oleh Google kepada pekerja dalam unit tersebut pada Januari lalu. Selain itu, pengurangan tenaga kerja ini disebabkan oleh penggabungan pasukan peranti dan platform. Sekaligus, mengurangkan tenaga kerja yang berlebihan.
Google telahpun melakukan pengurangan tenaga kerja sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Pada Februari lalu, Google telah mengambil tindakan yang sama iaitu mengecilkan pasukan dalam bahagian Google Cloud.