Peranti CMF yang seterusnya iaitu Phone 2 Pro akan dijual bersama dengan pengecas di dalam kotak. Sebagai rekod, CMF Phone 1 tidak menyertakan pengecas di dalam kotak jualannya.
We heard you my man – giving it a go with CMF Phone 2 Pro in India. https://t.co/jgD6fJoLvb pic.twitter.com/A4oxH7OYsq
— Akis Evangelidis (@AkisEvangelidis) April 11, 2025
Perkara tersebut dikongsi oleh pengasas bersama Nothing iaitu Akis Evangelidis di platform X. Dalam perkongsian tersebut, beliau menyatakan yang mereka mendengar maklum balas pengguna dan akan menyertakan pengecas di dalam kotak.
Walau bagaimanapun, tawaran tersebut berkemungkinan hanya akan tersedia untuk pasaran India bukan secara global. Buat masa ini, tiada maklumat penuh dan pengesahan mengenai perkara tersebut.
CMF Phone 2 Pro yang akan diperkenalkan pada 28 April ini dijangka hadir dengan kemasan baru yang lebih baik dan lebih menarik berbanding model sebelumnya. Peranti ini, berkemungkinan akan dijana dengan cip Dimensity 7400, bateri 5000mAh dan pengecasan 33W.