Close

Sony naikkan harga jualan PlayStation 5 di beberapa pasaran

Selepas menaikkan harga langganan untuk PlayStation Plus, Sony Interactive Entertainment (SIE) kini mengumumkan kenaikan harga jualan untuk PlayStation5 di empat pasaran.

Kenaikkan harga jualan ini akan bermula pada 14 April 2025 dan hanya terkesan di empat pasaran sahaja iaitu di Eropah, Australia, New Zealand dan juga United Kingdom.

Sony melalui blog PlayStation menyatakan, kenaikan harga jualan ini disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang mencabar termasuklah kadar inflasi yang tinggi serta penurunan kadar pertukaran mata wang. Sekaligus, menjadi punca kenaikan harga.

Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Sony menaikkan harga jualan untuk PS5, selepas kali pertama pada 2022.

Namun begitu, harga jualan PS5 untuk pasaran lain termasuk Malaysia masih lagi kekal tanpa sebarang perubahan. Selain itu, harga jualan untuk PS5 Pro juga kekal. Untuk mengimbangi kenaikkan kos , Sony telah menurunkan harga jualan untuk aksesori Disc Drive.

Di Malaysia, PS5 versi Digital dijual pada harga RM2069, PS5 versi Disc RM2499 dan PS5 Pro RM3849.

ARTIKEL BERKAITAN