Perkhidmatan penstriman video popular iaitu Netflix dilaporkan sedang menguji fungsi carian baru yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan dari OpenAI.

Menurut laporan, Netflix akan menggunakan teknologi carian baru yang berasaskan AI dengan kerjasama OpenAI. Carian baru ini akan membantu pengguna mencari kandungan berdasarkan emosi, minat khusus dan juga kriteria unik. Seterusnya, AI akan mencadangkan rancangan atau filem yang bersesuaian daripada katalog Netflix.
Fungsi ini telahpun diuji di beberapa negara seperti di Australia dan New Zealand, hanya tersedia pada peranti iOS sahaja buat masa ini. Fungsi ini dijangka akan diperluaskan ke beberapa negara atau pasaran lain pada masa akan datang.
Ketibaan fungsi ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi pengalaman penggunaan yang lebih baik.