Peranti baru OnePlus iaitu 13T dijangka akan diperkenalkan pada 24 April ini di China. Seiring dengan itu, beberapa maklumat awal mengenai peranti tersebut telahpun tertiris.
OnePlus 13T First Live Look 👀
— TECH INFO (@TECHINFOSOCIALS) April 12, 2025
The Weight Balance seems really Great this time! pic.twitter.com/p5svDDxgPg
OnePlus 13T dilihat hadir dengan rekaan modul kamera belakang yang berbeza dari apa yang pernah dihasilkan oleh OnePlus. Rekaan modul kamera ini boleh dikatakan mirip seperti model Xiaomi 11 atau Pixel 9 Pro Fold. Selain itu, peranti ini akan menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dan akan dilengkapi dengan butang fizikal baru.

Kita mungkin boleh menjangkakan rekaan ini akan menjadi permulaan identiti baru untuk OnePlus. Namun begitu, ia juga berkemungkinan rekaan ini hanya percubaan baru untuk model ini sahaja. Dari segi pilihan warna, peranti ini akan ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu hitam, kelabu dan merah jambu.

OnePlus 13T dikatakan hanya seberat 185 gram sahaja lebih ringan berbanding OnePlus 13. Peranti ini juga dikatakan akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar dari 6000mAh. OnePlus 13T dijangka akan turut ditawarkan secara global.