Close

realme 14 5G dan 14 Pro 5G tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1199

realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru di bawah siri realme 14 ke pasaran tempatan. Dua peranti baru yang diperkenalkan adalah realme 14 5G dan 14 Pro 5G.

Untuk realme 14 Pro 5G, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300 Energy yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti AI Ultra Clarity 2.0, AI Snap Mode, AI Eraser 2.0 dan AI Livephoto. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 45W.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP66/68/69, pembesar suara jenis stereo, NFC, Bluetooth 5.4 dan menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Manakala untuk realme 14 5G, ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 4 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor utama 50MP dan swafoto 16MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti AI Ultra Clarity 2.0, AI Snap Mode, AI Eraser 2.0 dan AI Livephoto. Turut menggunakan bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas iaitu 45W.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP66/68/69, pembesar suara jenis stereo, NFC, Bluetooth 5.4 dan menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, realme 14 5G dijual pada harga bermula RM1199 (8GB + 256GB) dan RM1299 (12GB + 256GB). Sementara untuk realme 14 Pro 5G, ia dijual pada harga RM1499 (12GB + 256GB) dan RM1799 (12GB + 512GB).

ARTIKEL BERKAITAN