Buat pertama kali, Apple menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu di dunia untuk suku pertama tahun ini. Sebagai rekod, Apple tidak pernah memegang kedudukan pertama untuk suku pertama tahun sejak iPhone di perkenalkan.

Melalui data yang dikeluarkan oleh Counterpoint, Apple berada dikedudukan pertama dengan 19% dan diikuti rapat oleh Samsung dengan 18%. Apple mencatatkan peningkatan sebanyak 4% sementara Samsung mencatatkan penurunan sebanyak 5%.
Xiaomi dan vivo yang berada dikedudukan ketiga dan keempat turut menunjukan peningkatan sebanyak 5% dan 6%. Sementara OPPO mencatatkan penurunan sebanyak 1% sekaligus berada dikedudukan yang kelima. Secara keseluruhan pengeluaran telefon pintar untuk suku pertama 2025 dilihat meningkat sebanyak 3%.
Ini merupakan pencapaian terbesar untuk Apple, terutamanya ketika jualan telefon pintar dilihat mendatar atau menurun di beberapa pasaran utama seperti AS, Eropah dan China.
Jualan iPhone 16e yang memberangsangkan di beberapa pasaran seperti Jepun, India, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika menjadi sebab Apple berjaya berada dikedudukan yang pertama.