Close

OpenAI perkenalkan model baru GPT-4.1 – Apa yang menarik?

OpenAI secara rasmi memperkenalkan model baru kecerdasan buatan mereka iaitu GPT-4.1. Model ini adalah pengganti kepada model semasa iaitu GPT-4o.

GPT-4.1 menawarkan peningkatan yang lebih baik dan menyokong konteks yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Menurut OpenAI, GPT-4.1 menyokong sehingga 1 juta token untuk konteks yang merangkumi teks, imej atau video. Kemampuan pengekodan GPT-4.1 juga meningkat jika dibandingkan dengan GPT-4o sekitar 21.4% dan 26.6% pada GPT-4.5.

OpenAI turut memperkenalkan GPT-4.1 Mini dan juga GPT-4.1 Nano. Untuk GPT-4.1 Mini, ia adalah lebih ringan dan setara atau lebih baik berbanding GPT-4o serta mempunyai latensi juga lebih rendah. Sementara GPT-4.1 Nano adalah model yang pantas dan murah sesuai untuk tugas seperti autocompletion atau sebagainya.

Buat masa ini, GPT‑4.1, GPT‑4.1 mini dan GPT‑4.1 nano telahpun tersedia untuk pembangun. Tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tersedia secara umum untuk semua pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN