Infinix telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru ke pasaran tempatan pada 22 April ini. Peranti baru yang akan diperkenalkan adalah Note 50 Pro+ 5G.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh Infinix. Namun begitu, peranti telahpun dilancarkan secara global. Untuk spesifikasi global, peranti ini hadir dengan cip Dimensity 8350 Ultimate yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang, bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W, wireless 50W dan reverse wireless 10W. Peranti ini akan turut dikuasakan dengan AI melalui teknologi DeepSeek R1.
Seperti biasa, maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.