Close

HONOR Power diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7 Gen 3 dengan bateri 8000mAh

HONOR mengembangkan lagi penawaran telefon pintar mereka dengan memperkenalkan model baru iaitu Power. Merupakan peranti pertama dari HONOR yang hadir dengan bateri sebesar 8000mAh.

HONOR Power hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.78-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak 4000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dari segi fotografi, peranti ini dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 5MP Ultra Lebar dan 16MP kamera swafoto. Menarik mengenai peranti ini, ia hadir dengan kapasiti bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Biarpun dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar peranti ini masih lagi nipis dengan ketebalan kurang dari 8mm.

Di China, HONOR Power dijual pada harga bermula sekitar CNY2000 (RM1201) dan mencecah sehingga CNY2500 (RM1503). Ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Snow White, Phantom Black dan Desert Gold.

ARTIKEL BERKAITAN