Google telah melepaskan kemas kini keselamatan baru untuk Peranti Android. Melalui kemas kini ini, peranti Android yang tidak digunakan atau tidak dinyahkunci selama 3 hari berturut-turut akan ‘restart’ secara automatik.

Selepas proses restart dibuat, pengguna perlu memasukkan nombor pin atau kata laluan terlebih dahulu sebelum dapat mengakses kandungan. Selain itu, pada masa yang sama fungsi sistem biometri turut dinyahaktifkan.
Fungsi ini diperkenalkan untuk memberi lapisan keselamatan tambahan dan bertujuan untuk melindungi data pengguna apabila peranti tidak digunakan. Fungsi ini telahpun tersedia melalui kemas kini Google Play 25.14. Fungsi ini juga sama seperti yang ditawarkan oleh Apple pada iOS 18 yang dipanggil sebagai Inactivity Reboot.