Close

CMF Phone Pro 2 akan dijana dengan cip Dimensity 7300 Pro

Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF mengesahkan peranti baru mereka iaitu Phone 2 Pro akan dijana dengan cip Dimensity 7300 Pro.

Buat yang tidak mengetahui, cip Dimensity 7300 Pro di kategori sebagai cip kelas pertengahan premium. Cip ini dijangka akan membawa peningkatan prestasi yang lebih baik dan ketara berbanding model sebelumnya.

CMF mendakwa, cip baru ini menjanjikan peningkatan prestasi 10% lebih tinggi dan prestasi grafik 5% lebih baik berbanding cip yang digunakan pada CMF Phone 1. Selain itu, cip ini akan dilengkapi dengan NPU generasi keenam dari MediaTek.

CMF telahpun menjadualkan acara pelancaran Phone 2 Pro pada 28 April ini. Phone 2 Pro akan membawakan konsep yang sama seperti model sebelumnya namun dengan kemasan baru yang lebih baik dan lebih premium.

ARTIKEL BERKAITAN