LG melalui laman web rasmi mengumumkan penamatan sokongan kemas kini untuk peranti mudah alih mereka bermula 30 Jun 2025.
Menurut LG, perkhidmatan yang akan ditamatkan pada tarikh tersebut adalah sokongan kemas kini perisian secara OTA, aplikasi Update Center dan LG Bridge perisian yang digunakan bersama dengan PC. Selepas tarikh tersebut, pengguna tidak lagi akan menerima peningkatan kemas kini. Berikutan dari itu, pengguna disarankan untuk melakukan kemas kini terakhir sebelum 30 Jun 2025.
Selain itu, semua data peribadi yang telah dikumpul akan dilupuskan selepas semua perkhidmatan ditamatkan.
Buat yang tidak mengetahui, LG telahpun keluar dari perniagaan peranti mudah alih pada 2021. Keputusan tersebut dibuat selepas syarikat berkenaan gagal bersaing dengan pengeluar lain. Ketika ini, LG lebih menfokuskan kepada pembuatan peralatan rumah.