Malaysia akan mempunyai pusat data berskala besar selepas Google melalui Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd mengesahkan akan membina infrastruktur digital di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pusat data ini akan dibangunkan oleh Gamuda Berhad di atas tanah berkeluasan 389 ekar. Pusat data ini dijangka akan menjadi pusat data terbesar di rantau ini dengan kapasiti mencecah antara 800MW hingga 1,000MW apabila siap sepenuhnya.
Kerja-kerja utama pembangunan dijangka akan siap secara berperingkat antara 2025 hingga 2028. Untuk fasa awal, ia dijangka akan disiapkan sepenuhnya pada suku keempat 2028.
Dengan pembinaan pusat data ini, ia menandakan komitmen jangka panjang Google dalam pengembangan infrastruktur di Malaysia, selari dengan rancangan untuk menjadi negara ekonomi digital utama menjelang 2030.
Selain itu, projek ini dijangka akan dapat membuka ribuan peluang pekerjaan dalam masa yang sama menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.