Close

Siri Google Pixel 9 dan Pixel 8a akan sokong fungsi ‘battery health’

Google bakal menyertakan fungsi battery health pada peranti Pixel melalui kemas kini Android yang seterusnya iaitu Android 16.

Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna memantau dan mengetahui peratusan kesihatan bateri peranti dengan lebih mudah. Selain itu, fungsi ini memudahkan pengguna mengetahui jangka masa atau waktu yang sesuai bagi penukaran bateri.

Walau bagaimanapun, fungsi ini tidak akan tersedia pada semua peranti Google Pixel sebaliknya hanya akan tersedia pada siri Pixel 9 dan Pixel 8a sahaja. Keputusan tidak menyokong peranti Pixel lebih lama mendapat kritikan terutamanya pada model Pixel 8 dan Pixel 8 Pro yang dilancarkan pada 2023. Berbeza dengan Apple yang menawarkan fungsi battery health pada model lebih lama.

Fungsi ini telahpun diuji oleh Google pada Android 16 versi Beta dan dijangka akan turut tersedia pada Android 16 versi stabil.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN