Close

Siri realme GT 7 akan tiba pada 27 Mei ini

realme bakal memperkenalkan peranti baru di bawah siri GT 7 pada 27 Mei ini. Acara tersebut akan berlangsung di Paris, Perancis. Acara pelancaran ini turut disiarkan melalui platform media sosial rasmi realme Malaysia pada jam 3.00 petang waktu Malaysia.

Dua model dijangka akan diperkenalkan pada acara tersebut iaitu realme GT 7 dan realme GT 7T. realme mendakwa, peranti ini akan menjadi flagship killer untuk tahun 2025 berikutan ia hadir dengan spesifikasi setanding peranti andalan.

Selain itu, peranti ini akan turut dilengkapi dengan teknologi penyejukan baru yang dipanggil sebagai IceSense Graphene. Teknologi penyejukan baru ini menawarkan penyebaran haba 360° bagi memastikan peranti berada dalam prestasi optimum dalam jangka masa yang panjang.

Bukan itu sahaja, siri realme GT 7 ini akan turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) yang akan dikuasakan oleh realme Next AI.

Sebelum ini, realme Malaysia telahpun memperkenalkan realme GT 7 Pro, peranti pertama tiba dengan cip Snapdragon 8 Elite. Namun, untuk realme GT 7 dan GT 7T ia dijangka hadir dengan cip baru dari MediaTek.

ARTIKEL BERKAITAN