Close

HUAWEI umumkan sistem operasi HarmonyOS PC

HUAWEI secara rasmi mengumumkan sistem operasi HarmonyOS PC. Pengenalan sistem operasi ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada platform lain dan ia juga merupakan langkah penting dalam membina ekosistem teknologi bersepadu.

HarmonyOS PC dibina berasaskan kepada HarmonyOS 5 (Harmony Next) dan mengambil masa sekitar 5 tahun untuk dibangunkan. Menarik mengenai sistem operasi ini adalah ia boleh diintergrasikan dengan ekosistem HUAWEI lain secara lancar merangkumi tablet, telefon pintar dan komputer.

Selain itu, HarmonyOS PC turut menyokong lebih dari 1000 peranti luaran termasuk monitor, pengimbas, papan kekunci dan sebagainya. Sistem operasi ini turut menyokong lebih dari 150 aplikasi khas dan lebih dari 2000 aplikasi universal.

Antara muka sistem operasi menggunakan Ark Graphics Engine bagi memberikan visual yang stabil, pantas dan lebih resposif. Sistem operasi dilengkapi dengan sistem StarShield bagi memastikan keselamatan yang menyeluruh.

Huawei menyatakan HarmonyOS PC bukan sekadar sistem operasi tetapi ia adalah asas kepada ekosistem pintar yang menawarkan pengalaman pengunaan lancar dan selamat antara peranti. Komputer riba dengan sistem operasi ini dijangka akan diperkenalkan pada 19 Mei ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN