Proton secara rasmi memperlihatkan kereta elektrik (EV) kedua mereka secara umum di acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).

EV kedua dari Proton ini akan dikenali sebagai e.MAS 5 dan dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini. EV kedua dari Proton ini berasaskan kepada model Geely Star Wish atau Xingyuan yang ditawarkan untuk pasaran China.

Di China, model tersebut ditawarkan dalam 2 pilihan bateri iaitu 30.12 kWh dan 40.16 kWh yang memberikan jarak gerak sekitar 310 km dan 410 km CLTC. Dari segi pengecasan, ia mampu mengecas dari 30% ke 80% dalam masa 21 minit sahaja.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai varian yang akan ditawarkan dan juga harga jualan untuk Proton e.MAS 5. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan harga jualan Proton e.MAS 5 lebih murah berbanding Proton e.MAS 7.