Ferrari Luce, kereta elektrik (EV) pertama dari Ferrari telah berjaya dilelong pada harga sekitar $40 (RM162.4 Juta).

Harga lelongan tersebut adalah 67 kali ganda berbanding Ferrari Luce yang dijual pada harga $600,000 (RM2.4 juta) di pasaran Amerika Syarikat.

Menariknya, unit yang dilelong bukanlah Ferrari Luce biasa, sebaliknya ia adalah unit dengan nombor casis 0. Kereta ini dibina sebagai model unik di bawah program Ferrari Tailor Made, membolehkan pelanggan mendapatkan kemasan dan komponen yang tidak ditawarkan pada model biasa.

Menurut senarai lelongan RM Sotheby’s, Ferrari Luce ini menggunakan kemasan luaran Madreperla Semi-Gloss yang dibangunkan khas untuk unit berkenaan. Bahagian dalamannya pula menggunakan kemasan Le Mans metallic leather berwarna Perla, bersama kemasan Grigio Corvana.
Walaupun menggunakan kemasan eksklusif, rekaan keseluruhan kereta ini masih kelihatan agak minimalis dengan gabungan warna hitam, putih dan kelabu. Dari segi prestasi pula, Ferrari Luce mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.5 saat dengan kelajua maksimum mencecah 310 km/j.