Close

YouTube bakal ubah cara kiraan angka tontonan

YouTube bakal mengubah cara platform mereka mengira jumlah tontonan video, sekali gus berpotensi meningkatkan jumlah tontonan bagi pencipta kandungan.

Bermula 24 Ogos, 2026, YouTube akan mula mengira tontonan sebaik sahaja video dimainkan. Bermaksud, tontonan akan dikira pada saat pertama video dimainkan. Kaedah ini sama seperti sistem yang digunakan untuk YouTube Shorts serta pendekatan yang sama turut digunakan oleh platform lain seperti TikTok dan Instagram.

Ketika ini, YouTube hanya mengira tontonan selepas 30 saat pengguna menonton sesuatu video, untuk dikira sebagai satu tontonan. Perubahan ini dibuat untuk menyeragamkan sistem kiraan tontonan dalam masa yang sama memberikan gambaran yang lebih tepat tentang jumlah tontonan pada kandungan.

Namun begitu, perubahan jumlah tontonan ini tidak akan memberi kesan pada pendapatan yang dijana. Ini kerana, bayaran pendapatan masih menggunakan metrik yang sama seperti sebelum ini iaitu “Engaged Watch Hours”.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN