Close

Sony Xperia 1 VII diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Elite, skrin Bravia OLED dan bateri 5000mAh

Sony secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Xperia 1 VII. Peranti ini tampil dengan peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa namun kekal dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya.

Sony Xperia 1 VII hadir dengan skrin Bravia OLED bersaiz 6.5-inci dengan resolusi 4K dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB, turut menyokong slot mikroSD.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 48MP Ultra Sudut Lebar + 12MP Telefoto dan swafoto 12MP. Kemampuan kamera ini turut dilengkapi dengan teknologi kamera Sony Alpha. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 30W berwayar dan 15W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, penarafan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4, pembesar suara jenis stereo dan pengimbas cap jari pada butang kuasa. Menjalankan sistem operasi berasaskan Android 15 dengan sokongan kemas kini 4 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan.

Sony Xperia 1 VII dijual pada harga €1499 (RM7220) dan ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Slate Black, Moss Green dan Orchid Purple. Peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran namun tiada maklumat mengenai harga jualannya di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN