Close

Apple mungkin naikkan harga jualan iPhone 17

Harga jualan untuk siri iPhone 17 mungkin terdapat kenaikkan selepas Apple dikatakan sedang mempertimbangkan perkara tersebut.

Menurut laporan, Apple sedang meneliti kemungkinan menaikkan harga jualan siri iPhone 17 yang akan diperkenalkan pada tahun ini. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi dimuktamadkan dan ia tidak berkaitan dengan tarif AS ke atas import China.

Antara sebab Apple merancang untuk menaikkan harga jualan adalah kerana penggunaan komponen atau perkakasan baru pada siri iPhone 17. Apple dijangka akan memperkenalkan 4 pilihan model iaitu iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.

Selain itu, Apple ketika ini sedang mempertingkatkan pengeluaran iPhone dari India bagi mengurangkan kos tarif kepada produk mereka. Berikutan dari itu, semua model baru iPhone akan dihasilkan di India bukan lagi di China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN