Xiaomi mungkin akan memperkenal fon baru yang akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4.

Peranti baru ini berkemungkinan adalah Civi 5 Pro, iaitu pengganti kepada model semasa iaitu Civi 4 Pro yang diperkenalkan pada Mac tahun lalu. Buat masa ini, tiada maklumat penuh mengenai spesifikasi peranti ini.
Namun begitu, peranti ini telahpun dikesan di pangkalan data Geekbench sekaligus mendedahkan beberapa maklumat seperti ia akan dilengkapi dengan 16GB RAM dan menjalankan sistem operasi HyperOS berasaskan Android 15.
Seperti model sebelum ini, peranti ini mungkin akan kekal eksklusif untuk pasaran China sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan Xiaomi akan memperkenalkan ke pasaran lain namun dengan versi yang berbeza.