Xiaomi secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Civi 4 Pro untuk pasaran China. Merupakan peranti pertama dijana dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 di pasaran ketika ini.
Civi 4 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.55-inci dengan resolusi 1.5K. Menyokong paparan 120Hz, Touch Sampling Rate 240Hz, kecerahan puncak 3000nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 12MP Ultra Lebar dan Swafoto 32MP. Selain itu, ia turut hadir dengan penjenamaan Leica untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Menyokong rakaman video sehingga 4K 30fps untuk kamera belakang dan 1080P untuk kamera hadapan. Dimuatkan dengan bateri 4700mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.
Spesifikasi lain yang turut dibawa adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, Infrared, WiFi 6, NFC, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS.
Di China, Civi 4 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY2999 (RM1965) untuk 12GB + 256GB dan mencecah sehingga sekitar CNY3599 (RM2357) untuk 16GB + 512GB.