Selepas memperkenalkan cip Snapdragon 8s Gen 3 pada beberapa hari yang lalu. Hari ini, Qualcomm memperkenalkan satu lagi cip baru iaitu Snapdragon 7+ Gen 3. Merupakan cip kelas pertengahan dan tampil dengan pelbagai peningkatan menarik.
Cip Snapdragon 7+ Gen 3 hadir dengan teknologi binaan 4nm dari TSMC. Menggunakan konfigurasi teras 1+4+3 dengan 1x Cortex-X4 pada kelajuan 2.8Ghz + 4x Cortex-A720 dengan kelajuan 2.6Ghz + 3x Cortex-A520 dengan kelajuan 1.9Ghz. Menyokong konfigurasi RAM LPDRR5X dan storan dalaman menyokong teknologi UFS 4.0. Untuk grafik, ia menggunakan GPU Adreno 732 yang menawarkan peningkatan 45% lebih baik berbanding generasi sebelumnya.
Merupakan cip pertama dalam siri Snapdragon 7 yang menyokong kecerdasan buatan AI Generatif. Menyokongan bahasa Large Language Model (LLM) seperti Llama 2, Gemini Nano, Baichuan-7B, dan Zhipu ChatGLM. Sekaligus, membolehkan peranti dengan cip ini menjalankan AI tanpa sambungan rangkaian.
Qualcomm mendakwa yang cip Snapdragon 7+ Gen 3 menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 15%, GPU sehingga 45% dan lebih jimat tenaga sehingga 5%. Selain itu, ia turut menyokong sensor kamera sehingga 200MP dan ISP Triple-18bit. Menggunakan modem Snapdragon X63 5G dengan kelajuan sehingga 4.2Gbps dan menyokong WiFi 7.
Selain itu, cip ini turut dimuatkan beberapa fungsi menarik seperti Spatial Audio, Snapdragon Low Light Vision dan Hyper-realistic Gaming. Secara keseluruhan, cip Snapdragon 7+ Gen 3 menawarkan keupayaan yang hampir sama seperti cip Snapdragon 8s Gen 3, dibezakan dengan beberapa spesifikasi seperti kelajuan CPU, GPU dan modem 5G.
OnePlus dijangka akan menjadi peranti pertama menggunakan cip ini melalui model OnePlus Ace 3V. Selain itu, realme dan SHARP dijangka akan turut menggunakan cip ini pada peranti mereka yang akan diumumkan tidak lama lagi.