Close

JPJ perkenal sistem ‘e-Dereg’ – Lupus kenderaan secara atas talian

Bagi menangani isu kenderaan terbiar di kawasan perumahan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian (e-Dereg).

Sistem e-Dereg membolehkan pemilik kenderaan melupuskan kenderaan mereka secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter JPJ. Sekaligus, dapat menjimatkan masa untuk proses tersebut dan juga lebih efisien.

Namun begitu, pelupusan kenderaan hanya boleh dilakukan di Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (AATF) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ini bagi memastikan pematuhan kepada peraturan alam sekitar. Pemilik kenderaan mempunyai beberapa pilihan untuk membawa kenderaan ke AATF seperti membawa kenderaan sendiri ke AATF, meminta AATF datang ke lokasi atau mendapatkan khidmat penunda ke fasiliti berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan tindakan menjual kenderaan terbiar di kedai besi buruk hanya akan menimbulkan risiko apabila pendaftaran kenderaan tidak dalih keluar dari sistem JPJ.

Jadi, sistem ini memberikan jaminan kepada pemilik asal supaya tidak perlu risau atau bimbang mengenai liabiliti memandangkan kenderaan telah dinyahdaftar dari sistem JPJ.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN