OnePlus secara rasmi memperkenalkan peranti kelas pertengahan baru mereka iaitu OnePlus Ace 3V. Merupakan peranti pertama yang dijana dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 7+ Gen 3.
OnePlus Ace 3V hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, PWM Dimming 2160Hz, teknologi Rain Touch dan kecerahan puncak 2150 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Cip ini menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 15%, GPU sehingga 45% dan jimat tenaga sehingga 5%.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP IMX882 + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W, mampu mengecas 1% hingga 100% hanya dalam 26 minit sahaja.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP65, pengimbas cap jari bawah skrin, butang alert slider, vapor chamber, NFC, Bluetooth 5.4, WiFi 6 dan menjalankan Color OS 14 berasaskan Android 14.
Di China, OnePlus Ace 3V dijual pada harga bermula sekitar CNY2000 (RM1304) untuk 12GB + 256GB dan mencecah sehingga CNY3000 (RM1968) 16GB + 512GB. Peranti ini dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran global dan akan dikenali sebagai OnePlus Nord 4 atau Nord CE4.