Close

Samsung mungkin guna cip Exynos pada Galaxy Z Flip6

Samsung Galaxy Z Flip6 mungkin tidak akan menggunakan cip dari Qualcommm iaitu Snapdragon sebaliknya akan menggunakan cip dari Samsung iaitu Exynos.

Menurut laporan, Samsung berkemungkinan akan menggunakan cip Exynos pada Galaxy Z Flip6. Sekaligus, menjadikan ia telefon lipat pertama yang akan dijana dengan cip Exynos. Cip yang mungkin akan digunakan adalah Exynos 2400 iaitu cip yang sama digunakan pada Galaxy S24 dan Galaxy S24+ mengikut kepada pasaran.

Perkara ini tidak mengejutkan dan berkemungkinan boleh berlaku jika merujuk kepada Galaxy S24 dan Galaxy S24+ yang ditawarkan dalam dua pilihan cip. Kita mungkin boleh menjangkakan yang Galaxy Z Flip6 dengan cip Exynos akan ditawarkan untuk pasaran terpilih sahaja.

Untuk pasaran Malaysia, Galaxy S24 dan Galaxy S24+ ditawarkan dengan cip Exynos sementara untuk pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada dan China ditawarkan dengan cip Snapdragon.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN