Close

Kerajaan AS saman Apple – Ini sebabnya…

Jabatakan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bertindak menyaman syarikat teknologi gergasi iaitu Apple. Syarikat tersebut didakwa telah memonopoli pasaran telefon pintar dengan menghalang pesaing mereka dengan cara mengehadkan fungsi perkakasan dan perisian.

Selain itu, Apple turut dituduh menggunakan kedudukan pasaran mereka untuk menghasilkan lebih banyak keuntungan daripada pengguna, pencipta kandungan, penerbit, artis dan sebagainya. Berikutan itu, saman setebal 88 muka surat telah difailkan di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, Apple telah menolak dakwaan tersebut dan menyatakan saman tersebut mengancam mereka dan prinsip yang membezakan produk Apple dalam pasaran semasa. Apple juga menyatakan sekiranya saman ini berjaya, ia bakal menghalang mereka untuk mencipta teknologi yang disukai oleh pengguna.

Namun begitu, sekiranya Apple tidak disaman ia akan terus memperkukuhkan lagi monopoli pasaran telefon pintar. Jadi, apa pendapat anda mengenai perkara ini?

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN