Close

Infinix bagi kemas kini sehingga 2 tahun untuk siri NOTE 40 Pro

Kemas kini yang panjang pada sesuatu peranti boleh dikatakan sebagai satu nilai tambah yang menarik. Berikutan itu, Infinix menyatakan yang mereka akan memberikan kemas kini yang panjang untuk siri NOTE 40 Pro.

Dalam satu perkongsian, Infinix menyatakan yang siri NOTE 40 Pro akan menerima kemas kini Android sehingga 2 tahun dan kemas kini keselamatan sehingga 36 bulan. Dengan kemas kini Android sehingga 2 tahun pengguna akan menerima kemas kini sehingga Android 16. Penawaran kemas kini yang lebih panjang menjadikan peranti ini dilihat lebih berbaloi.

Infinix turut menyatakan yang mereka komited untuk menawarkan pengalaman perisian yang lebih lancar dan lebih baik untuk jangka masa panjang. Pada ketika ini, tidak banyak peranti kelas pertengahan dengan harga mampu milik menawarkan kemas kini yang lebih panjang.

Note 40 Pro 5G telahpun diperkenalkan di Malaysia dengan harga bermula RM1098 (8GB + 256GB). Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+, paparan 120Hz, cip Dimensity 7020, bateri 5000mAh, pengecasan berwayar 45W dan 20 tanpa wayar.

ARTIKEL BERKAITAN