Close

realme Note 50 akan tiba di Malaysia pada 4 April ini

realme Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka pada 4 April ini. Peranti baru yang akan diperkenalkan adalah realme Note 50, merupakan siri baru dalam barisan realme.

Berdasarkan dari poster rasmi yang dikongsi, memperlihatkan perkataan “Long-lasting Value Beast” yang memberikan gambaran yang peranti ini mempunyai ketahanan yang baik. Selain itu, peranti ini dikatakan hadir dengan rekaan yang nipis dengan 7.99 mm dan ringan dengan 186 gram sahaja.

Peranti ini juga dikatakan menyokong penarafan IP54 dan telah melepasi 320 ujian untuk memastikan ia mempunyai ketahanan yang sangat baik. Namun begitu, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh realme Malaysia buat masa ini.

Seperti biasa, maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN