Close

Apple mungkin perkenal iPad Air 2024 pada April ini

Apple dijangka akan memperkenalkan iPad Air 2024 tidak lama lagi selepas terdapat laporan menyatakan peranti tersebut telah mula dihantar ke seluruh negara untuk tujuan pelancaran.

Menurut laporan, Apple dikatakan telah mula menghantar iPad Air 2024 kepada semua Apple Store di seluruh dunia sekaligus memberikan gambaran peranti tersebut akan tiba tidak lama lagi. Peranti ini berkemungkinan besar akan diumumkan pada sekitar April ini.

Laporan tersebut turut menyatakan yang iPad Air 2024 dijangka hadir dalam dua pilihan skrin iaitu 10.9-inci dan 12.9-inci. Tampil dengan rekaan yang berbeza dan akan dijana dengan cip Apple M2. Selain itu, ia akan menyokong teknologi Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

Namun begitu, tiada maklumat lanjut yang dikongsi oleh Apple buat masa ini. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN