Infinix Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka pada 21 Mei ini. Peranti baru yang akan diperkenalkan adalah Infinix GT 30 Pro. Acara pelancaran ini, turut boleh disaksikan secara langsung melalui akaun rasmi Facebook dan TikTok Infinix.
Seriring dengan perkongsian tersebut, Infinix turut berkongsi beberapa maklumat mengenai Infinix GT 30 Pro. Menurut Infinix, peranti ini akan dilengkapi dengan cip Dimensity 8350, skrin AMOLED dengan paparan 144Hz, bateri 5500mAh dan pengecasan 67W.

Selain itu, Infinix GT 30 Pro akan kekal menggunakan rekaan dengan lampu RGB pada bahagian panel belakang dan peranti ini akan menjalankan sistem operasi Infinix XOS yang berasaskan Android 15.
Infinix akan menjadi penaja rasmi untuk untuk Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia bagi musim ke-15 dan ke-16.