iQOO Malaysia akhirnya berkongsi tarikh ketibaan peranti baru mereka iaitu iQOO Neo 10 pada 5 Jun 2025. Buat yang tidak mengetahui, iQOO adalah sub-jenama kepada vivo yang ditawarkan dengan spesifikasi menarik pada harga mampu milik.
iQOO Neo 10 akan menjadi peranti pertama di Malaysia yang ditawarkan dengan dua cip terbina iaitu Snapdragon 8s Gen 4 + Q1 Supercomputing. iQOO mendakwa, gabungan cip ini menjanjikan prestasi yang lebih tinggi untuk permainan.

Selain itu, peranti ini akan hadir dengan ciri menarik seperti Games Super Resolution dan menyokong permainan sehingga 144 FPS. Untuk pilihan warna, peranti ini ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Astral Black dan juga Desert Gold.

Seiring dengan ketibaanya, iQOO telah membuka pra-tempahan awal bermula 24 Mei hingga 4 Jun 2025. Pelanggan yang memberi melalui platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan vivo E-Store akan menerima diskaun RM347. Diskaun tambahan RM100 turut ditawarkan untuk pelajar dan pensyarah. Bukan itu sahaja, pelanggan akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM277.