CelcomDigi melalui laman web rasmi mereka mengumumkan penamatan sepenuhnya Celcom Life Hub yang akan berkuatkuasa pada 31 Mei 2025.

Selepas tarikh tersebut, perkhidmatan atau urusan seperti tambah nilai, semakan baki atau pembayaran bil tidak lagi boleh dibuat melalui Celcom Life Hub. Namun begitu, pelanggan masih boleh menguruskan perkhidmatan melalui laman web CelcomDigi atau muat turun aplikasi Celcom Life.
CelcomDigi menyatakan, perubahan ini dilihat seiring dengan usaha berterusan syarikat untuk menambah dan memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik.
Selain itu, CelcomDigi turut menyatakan pemohonan maaf dan mengucap terima kasih kepada pelanggan yang memberi sokongan berterusan dalam usaha untuk menambah baik pengalaman pengguna.