iQOO secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Neo 10. Hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya.

iQOO Neo 10 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resoluis 1.5K dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Peranti ini turut hadir dengan cip Q1 yang menjanjikan pengalaman permainan yang lebih baik. Selain itu, ia turut hadir dengan sistem penyejukan 7K VC Cooling Chamber untuk pengurusan haba yang lebih baik. Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP.
Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15 dan menyokong kemas kini 3 tahun untuk Android dan 4 tahun untuk keselamatan.

Di India, iQOO Neo 10 dijual pada harga bermula sekitar INR 31,999 (RM1800) dan mencecah sehingga INR 40,000 (RM2027). Peranti ini dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan pada 5 Jun ini.