realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu realme GT 7 dan GT 7T. Tampil dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih menarik berbanding model sebelumnya.

realme GT 7 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak sehingga 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400e yang dipadankan dengan 12GB RAM dan 512GB storan dalaman.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX906 + 8MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan Titan bateri sebesar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W yang mampu mengecas dari 1% ke 50% hanya dalam 14 minit.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, penarafan IP69, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Manakala untuk realmGT 7T, ia dilengkapi dengan skrin LTPS AMOLED bersaiz 6.78-ini dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8400-Max yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX986 + 8MP Ultra Lebar dan 32MP swafoto. Turut dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan penarafan IP69.


Di Malaysia, realme GT 7 dijual pada harga RM2599 (12GB + 512GB) manakala realme GT 7T pula dijual pada harga RM1999 (12GB+ 256GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 30 Mei dengan penghantaran pertama akan dibuat pada 31 Mei 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM997.