Close

realme GT 7 Dream Edition turut tiba di Malaysia dengan harga RM2999

Seiring dengan pelancaran GT 7 dan GT 7T, realme turut memperkenalkan model kolabrasi dengan pasukan Aston Martin Formula 1 yang dikenali sebagai GT 7 Dream Edition. Model ini hadir dengan rekaan yang lebih menarik dan mewah dengan tema pasukan Aston Martin Formula One.

realme GT 7 Dream Edition hadir dengan rekaan yang unik dengan warna ikonik Aston Martin iaitu hijau. Selain itu, terdapat juga rekaan sayap ikonik Aston Martin yang diletakkan pada bahagian panel belakang dan mempunyai logo rasmi pasukan Formula 1.

Selain itu, ia turut hadir dengan aksesori yang bertemakan Aston Martin seperti kotak khas, kerangka pelindung, buku katalog, sim ejector dan juga tema khas. Tiada perubahan dari segi spesifikasi dalaman, bermaksud ia hadir dengan spesifikasi yang sama seperti realme GT 7. Guna skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci, tri-kamera belakang, bateri 7000mAh dan dikuasakan dengan cip Dimensity 9400e.

Untuk pasaran tempatan, realme GT 7 Dream Edition ini dijual pada harga RM2999. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 30 Mei dengan penghantaran pertama akan dibuat pada 31 Mei 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM997.

ARTIKEL BERKAITAN