Berita gembira untuk pengguna iPad, Meta secara rasmi memperkenalkan aplikasi WhatsApp khusus untuk iPad dan ia kini tersedia untuk dimuat turun.
WhatsApp untuk iPad ini hadir dengan pelbagai ciri yang hampir sama seperti pada versi iPhone. Menyokong panggilan audio dan video berkumpulan sehingga 32 pengguna, sokongan kamera depan dan belakang serta perkongsian skrin dengan pengguna ketika panggilan.

Selain itu, WhatsApp untuk iPad menyokong ciri yang ditawarkan oleh iPadOS seperti Split View, Slide Over dan Stage Manager. Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna menjalankan dua aplikasi secara serentak.
Pengenalan ini membolehkan pengguna merasai pengalaman yang lebih baik dan optimum pada skrin lebih besar dan tidak lagi perlu menggunakan WhatsApp versi web pada iPad.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan WhatsApp untuk iPad, aplikasi ini boleh dimuat turun dan tersedia di Apple App Store.