RedMagic memperkenalkan dua peranti baru iaitu RedMagic 10S Pro dan RedMagic 10S Pro+. Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi yang hampir sama cuma dibezakan dengan kapasiti bateri dan juga teknologi pengecasan.

Siri RedMagic 10S Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Leading Edition dan cip RedCore R3 Pro yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 2MP Kedalaman dan swafoto 16MP. Untuk kapasiti bateri, RedMagic 10S Pro dimuatkan dengan bateri 7050mAh dengan pengecasan 80W. Sementara RedMagic 10S Pro+ pula dimuatkan dengan bateri 7500mAh dengan pengecasan 120W.

Siri RedMagic 10S Pro ini menyokong emulator Windows PC secara terbina yang membolehkan ia menjalankan platform Steam dan Epic Games. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah lampu RGB pada bahagian belakang, butang Magic Key, pembesar suara jenis stereo, bicu audio 3.5mm dan sistem penyejukan ICE-X Cooling System.
Untuk pasaran China, RedMagic 10S Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY4999 (RM2917) manakala RedMagic 10S Pro+ pula bermula sekitar CNY5999 (RM3501).