Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 17 Air sebagai pengganti kepada iPhone 16 Plus. iPhone 17 Air akan menjadi model paling nipis dan ringan dalam barisan iPhone yang terkini.

Terkini, terdapat beberapa maklumat baru yang dikongsi mengenai iPhone 17 Air. Peranti ini dianggarkan seberat 145gram hingga 150gram iaitu lebih ringan berbanding Samsung Galaxy S25 Edge. Mempunyai ketebalan sekitar 5.5mm, menjadikan ia telefon paling nipis di pasaran.
Dari segi binaan, iPhone 17 Air tidak menggunakan binaan titanium sebaliknya menggunakan binaan aluminium, menjadikan ia lebih ringan sekitar 25gram hingga 30gram. Dilengkapi dengan cip Apple A19 dengan papan induk yang digabungkan dan menggunakan teknologi bateri silikon-karbon dengan kapasiti sekitar 2800mAh hingga 2900mAh.
Selain itu, iPhone 17 Air akan dilengkapi dengan skrin OLED yang menyokong paparan 120Hz, Always On Display (AOD) dan kamera tunggal belakang 48MP.