Close

Aplikasi Taobao kini tersedia dalam Bahasa Melayu

Platform e-dagang popular diri China iaitu Taobao kini tersedia dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini, aplikasi tersebut hanya ditawarkan dalam versi English dan juga Chinese.

Dengan sokongan Bahasa Melayu penuh pada aplikasi ini, ia memudahkan pengguna untuk menggunakannya dalam masa yang sama dapat memberikan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna tempatan.

Untuk bertukar ke Bahasa Melayu, anda perlu pergi ke bahagian Account dan pilih Settings. Pada bahagian Settings pilih Country and region/language/currency kemudian pilih Language.

Seiring dengan ketibaan sokongan Bahasa Melayu pada aplikasi ini, Taobao turut melancarkan promosi Jualan Pertengahan Tahun 618 bermula pada 28 Mei hingga 20 Jun 2025. Promosi ini juga termasuk dengan penghantaran laut secara percuma untuk pesanan melebihi CNY199 (RM118), baucar diskaun dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, aplikasi ini boleh boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.

ARTIKEL BERKAITAN