Apple akan melakukan perubahan besar pada penggunaan nama sistem operasi mereka. Perubahan ini akan dilakukan secara menyeluruh merangkumi semua sistem operasi iOS, iPadOS, macOS, watchOS, visionOS dan tvOS.

Dengan perubahan tersebut, Apple tidak akan menggunakan nama iOS 19 untuk sistem operasi seterusnya tetapi menggunakan nama baru iaitu “iOS 26”. Sistem operasi lain akan turut menggunakan nama baru iPadOS 26, macOS 26, watchOS 26, visionOS 26 dan tvOS 26.
Menurut laporan, perubahan ini adalah untuk menyeragamkan penjenamaan dalam masa yang sama mengelakkan sebarang kekeliruan pada pengguna dan pembangun. Selain itu, perubahan ini juga seiring dengan rancangan Apple untuk melakukan reka bentuk semula pada semua platform.

Perubahan ini sememangnya memudahkan pengguna kerana Apple mempunyai pelbagai sistem operasi yang ditawarkan pada peranti mereka. Pengumuman mengenai perubahan ini dijangka akan diumumkan pada acara WWDC 25 yang akan berlangsung pada 9 Jun ini.