Touch ‘n Go memperkenalkan kad edisi terhad yang dipanggil sebagai ‘LED Card’. Kad edisi terhad ini bertemakan “You Light Up My Life” dan hadir dengan ciri unik iaitu terdapatnya lampu LED.

Berbeza dengan kad yang lain, kad edisi terhad ini dilengkapi dengan lampu LED berbentuk mentol yang akan menyala setiap kali membuat pembayaran menggunakan kad tersebut. Bukan itu sahaja. LED tersebut turut akan menyala apabila anda membuat tambah nilai melalui aplikasi TnG eWallet.

Secara asasnya, kad edisi terhad ini tiada sebarang kelebihan dari segi fungsi berbanding kad biasa. Namun, ia menawarkan pengalaman yang menarik dan unik.
Kad edisi terhad ini dijual pada harga RM27.00 dan boleh dibeli melalui kedai rasmi TnG di Shopee. Selain itu, ia turut boleh dibeli di pusat TnG di NU Sentral dan Bangsar South. Seperti namanya, kad ini ditawarkan dalam jumlah yang terhad.