Close

Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 akan tiba dengan sistem operasi One UI 8

Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 akan menjadi peranti terawal yang akan menjalankan sistem operasi One UI 8.

Samsung secara rasmi mengesahkan sistem operasi One UI 8 akan tiba bersama dengan dua peranti lipat baru mereka iaitu Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7. One UI 8 dibina berasaskan kepada Android 16, dijangka hadir dengan pelbagai fungsi baru, antara muka yang lebih menarik dan lebih mesra pengguna.

Kemas kini One UI 8 akan turut diperluaskan kepada lebih banyak model Galaxy pada masa akan datang. Samsung turut melancarkan program beta One UI 8 untuk pengguna Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra. Walau bagaimanapun, program beta tersebut hanya tersedia di 4 negara sahaja iaitu Jerman, Korea, UK dan juga AS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN