WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan fungsi baru yang membolehkan pengguna melakukan log keluar tanpa memadam akaun dan juga data.
Fungsi tersebut akan dikenali sebagai ‘Logout’, melalui fungsi ini akaun pengguna tidak akan dipadam atau kehilangan data apabila melakukan log keluar. Fungsi ini telah dikesan diuji melalui kemas kini WhatsApp Beta V2.25.17.37.

Melalui perkongsian tangkap layar, fungsi log keluar hadir dengan dua pilihan iaitu Keep all Data & preferences dan Erase all Data & preferences. Untuk pilihan Keep all Data & preferences, semua data pengguna tidak akan dipadam, pilihan ini sesuai untuk isu teknikal atau bertukar akaun.
Manakala untuk Erase all Data & preferences, semua data pengguna akan dipadam sama seperti ‘Uninstall’. Walaubagai manapun, pilihan ini tidak akan mengeluarkan pengguna dari kumpulan WhatsApp.
Ketibaan fungsi ini, memberikan pengguna pilihan yang lebih baik tanpa perlu risau mengenai kehilangan data. Lebih menarik, dengan hanya melakukan log masuk dengan nombor telefon yang sama membolehkan pengguna megakses semula semua data.