Apple terus mendominasi pasaran telefon pintar global selepas iPhone 16 muncul sebagai fon paling laris untuk suku pertama tahun 2025.

Berdasarkan dari laporan yang dikongsi oleh Counterpoint Research, memperlihatkan Apple dan Samsung menguasai pasaran telefon pintar global. Empat peranti teratas dalam senarai dipegang oleh Apple iaitu iPhone 16, iPhone 16 Pro Max, iPhone 16 Pro dan iPhone 15.
Manakala, tempat kelima hingga ketujuh dipegang oleh Samsung iaitu Galaxy A16 5G, Galaxy A06 dan Galaxy S25 Ultra. Xiaomi turut berada disenaraikan melalui model Redmi 14C 5G yang berada dikedudukan kelapan.
Menurut laporan, iPhone 16 mendapat sambutan yang memberangsangkan di beberapa negara seperti Afrika, Jepun dan juga rantau Timur Tengah. Selain itu, iPhone 16 mencatatkan jualan tertinggi dari Januari hingga Mac 2025.
Namun apa yang menarik, ini adalah kali pertama sejak 2023 model asas iPhone berada di tempat pertama dalam carta jualan untuk pasaran global.