Seperti yang kita tahu, Nothing akan memperkenalkan peranti andalan mereka pada Julai ini. Seiring dengan itu, Nothing telah berkongsi bayangan awal mengenai peranti tersebut.
It’s all in the details. pic.twitter.com/2M4BgxMBGC
— Nothing (@nothing) May 27, 2025
Perkongsian tersebut dibuat melalui platform X dengan perkataan ‘It’s all in the details’. Walau bagaimanapun, imej yang dikongsi tidak memberikan banyak maklumat namun kita mungkin boleh menjangkakan ia akan kekal dengan rekaan unik yang menjadi identiti Nothing.

Sebelum ini, CEO Nothing iaitu Carl Pei telahpun mendedahkan Phone (3) akan hadir dengan rekaan yang premium, spesifikasi yang berkuasa dan sokongan perisian AI yang lebih baik. Carl Pei turut berkongsi mengenai harga jualan untuk Phone (3) iaitu sekitar £800 (RM4595), lebih mahal berbanding model sebelumnya.