Nintendo telah mengumumkan konsol mudah alih baru mereka iaitu Switch 2 akan tiba lebih awal ke pasaran Asia Tenggara iaitu pada 26 Jun 2025. Sebelum ini, konsol tersebut dijangka akan tiba sekitar Julai hingga September 2025.

Walau bagaimanapun, Malaysia tidak termasuk dalam senarai pelancaran awal sebaliknya hanya Singapura, Thailand dan Filipina sahaja yang disenaraikan. Sebelum ini, Malaysia telahpun disenaraikan sebagai salah satu negara yang akan menerima pelancaran awal untuk Switch 2.
Namun begitu, perkara tersebut nampaknya tidak berlaku dan tiada penjelasan mengenai ketiadaan Malaysia dalam senarai pelancaran awal Switch 2. Kita mungkin boleh menjangkakan Switch 2 untuk pasaran Malaysia akan tiba seperti yang dirancang iaitu sekitar Julai hingga September 2025.
Perkara ini mungkin sedikit mengecawakan peminat Nintendo tempatan namun perkembangan ini memberikan gambaran yang jelas ketibaan konsol ini hanya ditangguhkan bukan dibatalkan.