Close

Sony tak lagi hasilkan fon ‘flaghsip’ – Guna pengeluar pihak ketiga

Sony tidak lagi akan menghasilkan fon andalan mereka sendiri sebaliknya ia akan dihasilkan oleh pengeluar pihak ketiga.

Menurut laporan, Sony akan menggunakan pengeluar pihak ketiga untuk menghasilkan model andalan mereka iaitu Xperia 1. Langkah ini adalah strategi baru yang akan digunakan oleh Sony untuk pengeluaran telefon pintar mereka.

Sebelum ini, Sony telahpun menggunakan khidmat pengilang pihak ketiga dalam menghasilkan peranti kelas pertengahan. Namun, untuk model andalan ia adalah kali pertama Sony menggunakan pendekatan yang sama.

Menariknya, laporan tersebut turut menyatakan perubahan ini bukan bersifat sementara, tetapi akan dilakukan dalam tempoh masa yang panjang. Model seterusnya, iaitu Xperia 1 VII dijangka akan menjadi model pertama yang akan dihasilkan oleh pengeluar pihak ketiga.

Perubahan ini dijangka akan dapat mengurangkan kos operasi dan kos pengeluaran sekaligus membolehkan Sony terus kekal dalam pasaran telefon pintar global yang semakin kompetitif.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN